Jom Baca -----> Tips Pemilihan Langsir Yang Sesuai
Monday, August 26, 2013
Tips dan Panduan Memilih Langsir
Pilihan langsir
yang tepat dan sesuai adalah penting untuk memberikan keselesaan dan
juga menyelahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir
tidak lagi hanya sebagai pedinding cahaya matahari tetapi ianya juga
menjadi sebahagian aspek penting hiasan dalaman. Berikut adalah beberapa panduaan untuk anda mememilah langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda.
1. TENTUKAN ANGGARAN BAJET DAN BELANJA
1. TENTUKAN ANGGARAN BAJET DAN BELANJA
Kain langsir datang dengan pebagai harga. Ada yang murah, ada mahal, bergantung kepada kain dan kualiti. Ada juga kain langsir yang berharga dibawah RM 10 semiter dan ada yang sehingga lebih RM 60 semiter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin bebelanja. Pastikan anda tidak membazir dan pastikan ia selaras kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM 50 semiter,mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak RM 300?.
2. BUAT UKURAN DAN TENTUKAN BENTUK LANGSIR
Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke kamdar untuk mencari kain langsir, pekara terakhir yang anda mahu terjadi adalah dihimpit kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segi empat tingkap atau pintu gelongsor(sliding door),dan ukur demensi (panjang x lebar) tingkap tersebut didalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Meraka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.
3. PADANKAN CORAK DAN WARNA LANGSIR DENGAN KEDIAMAN ANDA
Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad,hari tidak lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini ,banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan ada juga yang bewarna gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.
4. PILIH TOUCH UP
Kini
langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up. Anda boleh membuat
ropol, potong lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Jika anda ingin
menjahit sendiri dan masih lagi menjinak-jinak dengan seni jahitan
langsir,dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan
jahitan langsir, kini boleh didapati dengan mudah, samada menerusi buku,
e-book dan juga infomasi internet yang boleh didapati dengan percuma.
5. BELI PERKAKAS TAMBAHAN YANG LAIN
Setelah langsir anda siap dijahit,tugas terakhir yang di lakukan ialah dengan memasang langsir tersebut.pastikan perkakas lain, samaada kecil atau besar,telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir dan buat pengiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi.jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah sepadan dengan jenis palang. Tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan itu yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50,anda pilih sahaja yang mana sesuai.
sumber : here
Panduan dan Tips Memilih Perabot Rumah
Panduan dan tips memilih perabot, ini membantu anda semua memilih perabot yang sesuai untuk rumah anda, pejabat atau ruang ruang kedai anda. Antara faktor yang perlu ambil kira ialah, konsep, saiz, bajet,
warna, mutu dan kualiti. Berikut ialah panduan dan tips memilih perabot:
✔ Tentukan konsep ruang dalaman anda atau apakah gaya dalaman anda,
pilih konsep dahulu sebelum membeli perabot, tak kira samada anda nak
beli jenis apa, mahal atau murah, paling penting ialah konsep. Konsep
yang sesuai akan membantu minda anda memilih gaya perabot yang sesuai.
Contoh gaya moden futuristik, konsep tradisional, konsep moden, konsep
alam semulajadi atau konsep ringkas dan selesa.
✔ Kedua ialah padankan dan lihat saiz ruang, kalau ruang sempit,
jangan beli perabot yang saiz besar, jika ruang kecil , kemudian beli
saiz besar akan menyempit ruang sebenar.
✔ Warna apa nak beli, lihat pada konsep anda dan warna ruang sediada.
Anda boleh memilih samada mewarna semula dinding atau membeli perabot
berdasarkan warna sediada. Pemilihan warna harus kena, jika ruang cerah,
anda bebas memilih warna perabot, tapi jika ruang sudah gelap, maka
sebaiknya pilih perabot warna cerah.
✔ Bajet anda berapa. Jangan beli ikut jiran, beli ikut bajet dan
konsep anda sendiri. Ini lebih bersifat individu dan ada yakin pada diri
anda. Biarlah jiran beli perabot RM10,000, tapi anda beli ikut bajet
dan gaya anda, ini akan menambah kepuasan anda sekeluarga.
✔ Kaji dan dapatkan perbagai harga dan cari harga yang sesuai
✔ Mutu kayu dan cara binaan perabot kena di lihat, kalau kayu, kena lihat samada makan abok atau anai-anai.
✔ Kos penghantaran berapa, kekadang kedai perabot ambil ektra kos
bagi pengangkutan, jadi kena ambil kira semasa membuat keputusan membeli
perabot
Gazebo Penyeri Laman Rumah
Gazebo menjadi aset penting dalam menaikkan seri di laman rumah
namun harganya terlalu mahal, membataskan ramai orang untuk memilikinya...
namun sekiranya anda berkemampuan, jangan lupa menempahnya segera!!
sangat sesuai dijadikan tempat berehat anda sekeluarga atau berbual sesama tetamu.
Corak Cadar Turut Menaikkan Seri Bilik
Corak Cadar Turut Menaikkan Seri Bilik
Oleh itu, kita seharusnya kreatif untuk menggandingkan warna dan corak cadar
dengan suasana dan tema bilik. elakkan warna yang terlalu gelap@ terlalu terang
sebaiknya pilih warna yang lembut!!
Oleh itu, kita seharusnya kreatif untuk menggandingkan warna dan corak cadar
dengan suasana dan tema bilik. elakkan warna yang terlalu gelap
sebaiknya pilih warna yang lembut!!
7 Tips Dekorasi Rumah Yang Sempit
Jgn gusar jika rumah yang kita beli memperuntukkan ruang yang sempit untuk bilik tidur. Ini kerana ada caranya untuk menampakkan bilik yang sempit menjadi nampak luas. Antaranya ialah :
1. Warna dinding
Sebaiknya jika mahu menggunakan cat, pilihlah warna-warna pastel
terutamanya bagi bilik tidur utama. Warna-warna lembut pula sesuai untuk
bilik tidur anak perempuan, manakala untuk bilik tidur anak lelaki
boleh guna warna yang agak samar.
2. Kertas dinding
Elakkan dari memilih kertas dinding yang sarat. Mungkin lebih baik jika kertas
dinding hanya digunakan sbg ruang tumpu iaitu dibahagian kepala katil sahaja.
3. Gunakan cermin
Bolehlah letak cermin yg agak besar dimana-mana bahagian yang sesuai.
Anda juga boleh menggantikan pintu almari kayu kepada cermin.
4. Perabot
Pemilihan perabot yang dwi fungsi dilihat lbh sesuai untuk mengelakkan
kita dari meletakkan terlalu byk perabot dlm bilik tidur yg
kecil.Letakkan perabot yg penting shj spt katil yang ada laci dibwhnya,
almari yg juga boleh berfungsi sbg meja solek dsb.
5. Langsir
Sebaiknya gunakan sheer curtain atau bidai shj. Tetapi blh juga psg langsir yg simple tanpa guna renda yg sarat dsb.
6. Foto/bingkai gambar
Anda digalakkan meletakkan foto atau bingkai gambar yg bersaiz besar
untuk menampakkan ruang itu lbh luas. Ia sesuai diletakkan diruang tumpu
pd bilik tersebut.
7. Cadar
Pemilihan warna dan corak
cadar juga penting. Sekiranya dinding kosong atau tdk sarat, anda blh
guna cadar yg berbunga atau banyak warna mengikut kesesuaian dan
citarasa anda.
Ok..selamat mencuba:-)..
Landskap Rumah Yang Simple
Landskap Rumah Simple tapi sangat cantik dengan gandingan rumput yang menghijau
besertakan sedikit batu-batu putih yang menaikkan seri taman rumah
Cara Menghias Bunga Hidup Dalam Pasu
Beberapa contoh gambar bunga hidup di dalam pasu @ vase
sangat sesuai dan sangat cantik di pamerkan di atas meja makan di kediaman anda!!
Contoh Gubahan Bunga Simple
Antara idea gubahan bunga yang sangat simple untuk korang mencuba buat sendiri di rumah!
selamat mencuba ya...
Subscribe to:
Posts (Atom)