Jom Baca -----> Tips Pemilihan Langsir Yang Sesuai
Showing posts with label cara hias rumah. Show all posts
Showing posts with label cara hias rumah. Show all posts
Monday, August 26, 2013
Panduan dan Tips Memilih Perabot Rumah
Panduan dan tips memilih perabot, ini membantu anda semua memilih perabot yang sesuai untuk rumah anda, pejabat atau ruang ruang kedai anda. Antara faktor yang perlu ambil kira ialah, konsep, saiz, bajet,
warna, mutu dan kualiti. Berikut ialah panduan dan tips memilih perabot:
✔ Tentukan konsep ruang dalaman anda atau apakah gaya dalaman anda,
pilih konsep dahulu sebelum membeli perabot, tak kira samada anda nak
beli jenis apa, mahal atau murah, paling penting ialah konsep. Konsep
yang sesuai akan membantu minda anda memilih gaya perabot yang sesuai.
Contoh gaya moden futuristik, konsep tradisional, konsep moden, konsep
alam semulajadi atau konsep ringkas dan selesa.
✔ Kedua ialah padankan dan lihat saiz ruang, kalau ruang sempit,
jangan beli perabot yang saiz besar, jika ruang kecil , kemudian beli
saiz besar akan menyempit ruang sebenar.
✔ Warna apa nak beli, lihat pada konsep anda dan warna ruang sediada.
Anda boleh memilih samada mewarna semula dinding atau membeli perabot
berdasarkan warna sediada. Pemilihan warna harus kena, jika ruang cerah,
anda bebas memilih warna perabot, tapi jika ruang sudah gelap, maka
sebaiknya pilih perabot warna cerah.
✔ Bajet anda berapa. Jangan beli ikut jiran, beli ikut bajet dan
konsep anda sendiri. Ini lebih bersifat individu dan ada yakin pada diri
anda. Biarlah jiran beli perabot RM10,000, tapi anda beli ikut bajet
dan gaya anda, ini akan menambah kepuasan anda sekeluarga.
✔ Kaji dan dapatkan perbagai harga dan cari harga yang sesuai
✔ Mutu kayu dan cara binaan perabot kena di lihat, kalau kayu, kena lihat samada makan abok atau anai-anai.
✔ Kos penghantaran berapa, kekadang kedai perabot ambil ektra kos
bagi pengangkutan, jadi kena ambil kira semasa membuat keputusan membeli
perabot
Gazebo Penyeri Laman Rumah
Gazebo menjadi aset penting dalam menaikkan seri di laman rumah
namun harganya terlalu mahal, membataskan ramai orang untuk memilikinya...
namun sekiranya anda berkemampuan, jangan lupa menempahnya segera!!
sangat sesuai dijadikan tempat berehat anda sekeluarga atau berbual sesama tetamu.
7 Tips Dekorasi Rumah Yang Sempit
Jgn gusar jika rumah yang kita beli memperuntukkan ruang yang sempit untuk bilik tidur. Ini kerana ada caranya untuk menampakkan bilik yang sempit menjadi nampak luas. Antaranya ialah :
1. Warna dinding
Sebaiknya jika mahu menggunakan cat, pilihlah warna-warna pastel
terutamanya bagi bilik tidur utama. Warna-warna lembut pula sesuai untuk
bilik tidur anak perempuan, manakala untuk bilik tidur anak lelaki
boleh guna warna yang agak samar.
2. Kertas dinding
Elakkan dari memilih kertas dinding yang sarat. Mungkin lebih baik jika kertas
dinding hanya digunakan sbg ruang tumpu iaitu dibahagian kepala katil sahaja.
3. Gunakan cermin
Bolehlah letak cermin yg agak besar dimana-mana bahagian yang sesuai.
Anda juga boleh menggantikan pintu almari kayu kepada cermin.
4. Perabot
Pemilihan perabot yang dwi fungsi dilihat lbh sesuai untuk mengelakkan
kita dari meletakkan terlalu byk perabot dlm bilik tidur yg
kecil.Letakkan perabot yg penting shj spt katil yang ada laci dibwhnya,
almari yg juga boleh berfungsi sbg meja solek dsb.
5. Langsir
Sebaiknya gunakan sheer curtain atau bidai shj. Tetapi blh juga psg langsir yg simple tanpa guna renda yg sarat dsb.
6. Foto/bingkai gambar
Anda digalakkan meletakkan foto atau bingkai gambar yg bersaiz besar
untuk menampakkan ruang itu lbh luas. Ia sesuai diletakkan diruang tumpu
pd bilik tersebut.
7. Cadar
Pemilihan warna dan corak
cadar juga penting. Sekiranya dinding kosong atau tdk sarat, anda blh
guna cadar yg berbunga atau banyak warna mengikut kesesuaian dan
citarasa anda.
Ok..selamat mencuba:-)..
Monday, April 22, 2013
Dekorasi Ruang Tamu Berwarna Pink
Dekorasi Ruang Tamu Berwarna Pink sangat cantik disesuaikan untuk semua. Warna Pink dilihat memberi suasana yang lembut, tenang dan mendamaikan.... susun atur yang lebih kemas menjadikan ruang tamu ini kelihatan sangat menarik dan tampak mewah biarpun hanya menggunakan perabot yang sederhana.
Subscribe to:
Posts (Atom)



















