Showing posts with label tips hias rumah. Show all posts
Showing posts with label tips hias rumah. Show all posts

Monday, August 26, 2013

Tips dan Panduan Memilih Langsir




langsir, tips hias rumah, corak lagsir, design langsir, langsir raya, cara pilih langsir, panduan memilih langsir, langsir corak terbaru, langsir design terkini,


Pilihan langsir yang tepat dan sesuai adalah penting untuk memberikan keselesaan dan juga menyelahkan kecantikan rumah kediaman anda. Kini, fungsi langsir tidak lagi hanya sebagai pedinding cahaya matahari tetapi ianya juga menjadi sebahagian aspek penting hiasan dalaman. Berikut adalah beberapa panduaan untuk anda mememilah langsir yang tepat dengan keperluan dan kehendak anda.


1. TENTUKAN ANGGARAN BAJET DAN BELANJA
 
Kain langsir datang dengan pebagai harga. Ada yang murah, ada mahal, bergantung kepada kain dan kualiti. Ada juga kain langsir yang berharga dibawah RM 10 semiter dan ada yang sehingga lebih RM 60 semiter. Andalah yang menentukan setakat mana anda ingin bebelanja. Pastikan anda tidak membazir dan pastikan ia selaras kemampuan anda. Contohnya, jika kain langsir yang anda minati berharga RM 50 semiter,mampukah anda mengeluarkan belanja sebanyak RM 300?.


2. BUAT UKURAN DAN TENTUKAN BENTUK LANGSIR

Ini satu aspek yang penting. Jika anda ke kamdar untuk mencari kain langsir, pekara terakhir yang anda mahu terjadi adalah dihimpit kebingungan sewaktu menentukan panjang kain langsir. Sebagai panduan mudah, lukis secara ringkas bentuk segi empat tingkap atau pintu gelongsor(sliding door),dan ukur demensi (panjang x lebar) tingkap tersebut didalam buku nota kecil. Bawa buku tersebut dan tunjuk kepada pembantu jualan di kedai. Meraka yang mahir dalam bidang ini akan membantu anda membuat ukuran kain yang tepat.


3. PADANKAN CORAK DAN WARNA LANGSIR DENGAN KEDIAMAN ANDA

Jika dahulu pilihan corak dan warna langsir adalah terhad,hari tidak lagi. Kini, anda saban hari dijamu dengan rekaan langsir terkini ,banyak antaranya lain daripada yang lain. Ada corak tradisional dan ada corak moden. Ada warna terang dan ada juga yang bewarna gelap. Ada corak melintang dan ada corak membujur pendek kata, anda boleh melakukan pelbagai kombinasi corak dan warna. Namun, pastikan ia kena dengan hiasan dan pandangan keseluruhan rumah anda.


4. PILIH TOUCH UP
 
Kini langsir datang dengan pelbagai pilihan touch up. Anda boleh membuat ropol, potong lurus, kedutan, bidai dan sebagainya. Jika anda ingin menjahit sendiri dan masih lagi menjinak-jinak dengan seni jahitan langsir,dapatkan bantuan serta latihan yang mencukupi. Pelbagai panduan jahitan langsir, kini boleh didapati dengan mudah, samada menerusi buku, e-book dan juga infomasi internet yang boleh didapati dengan percuma.


5. BELI PERKAKAS TAMBAHAN YANG LAIN

Setelah langsir anda siap dijahit,tugas terakhir yang di lakukan ialah dengan memasang langsir tersebut.pastikan perkakas lain, samaada kecil atau besar,telah dibeli dengan lengkap. Periksa palang langsir dan buat pengiraan yang anda telah mempunyai bilangan cangkuk yang mencukupi.jika tidak, beli cangkuk tambahan dan ia mestilah sepadan dengan jenis palang. Tali pengikat langsir yang menarik dan sepadan adalah menjadi kemestian untuk menambah seri. Tali ikatan itu yang selalunya dijual asing boleh didapati antara RM10 hingga RM50,anda pilih sahaja yang mana sesuai.



sumber : here


http://rumahku88syurgaku.blogspot.com

7 Tips Dekorasi Rumah Yang Sempit


 
Jgn gusar jika rumah yang kita beli memperuntukkan ruang yang sempit untuk bilik tidur. Ini kerana ada caranya untuk menampakkan bilik yang sempit menjadi nampak luas. Antaranya ialah :


1. Warna dinding

Sebaiknya jika mahu menggunakan cat, pilihlah warna-warna pastel terutamanya bagi bilik tidur utama. Warna-warna lembut pula sesuai untuk bilik tidur anak perempuan, manakala untuk bilik tidur anak lelaki boleh guna warna yang agak samar.

2. Kertas dinding

Elakkan dari memilih kertas dinding yang sarat. Mungkin lebih baik jika kertas
dinding hanya digunakan sbg ruang tumpu iaitu dibahagian kepala katil sahaja.

3. Gunakan cermin

Bolehlah letak cermin yg agak besar dimana-mana bahagian yang sesuai. Anda juga boleh menggantikan pintu almari kayu kepada cermin.

4. Perabot

Pemilihan perabot yang dwi fungsi dilihat lbh sesuai untuk mengelakkan kita dari meletakkan terlalu byk perabot dlm bilik tidur yg kecil.Letakkan perabot yg penting shj spt katil yang ada laci dibwhnya, almari yg juga boleh berfungsi sbg meja solek dsb.

5. Langsir

Sebaiknya gunakan sheer curtain atau bidai shj. Tetapi blh juga psg langsir yg simple tanpa guna renda yg sarat dsb.

6. Foto/bingkai gambar

Anda digalakkan meletakkan foto atau bingkai gambar yg bersaiz besar untuk menampakkan ruang itu lbh luas. Ia sesuai diletakkan diruang tumpu pd bilik tersebut.

7. Cadar

Pemilihan warna dan corak cadar juga penting. Sekiranya dinding kosong atau tdk sarat, anda blh guna cadar yg berbunga atau banyak warna mengikut kesesuaian dan citarasa anda.


Ok..selamat mencuba:-)..


http://rumahku88syurgaku.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...