7 Tips Dekorasi Rumah Yang Sempit
Jgn gusar jika rumah yang kita beli memperuntukkan ruang yang sempit
untuk bilik tidur. Ini kerana ada caranya untuk menampakkan bilik yang
sempit menjadi nampak luas. Antaranya ialah :
1. Warna dinding
Sebaiknya jika mahu menggunakan cat, pilihlah warna-warna pastel
terutamanya bagi bilik tidur utama. Warna-warna lembut pula sesuai untuk
bilik tidur anak perempuan, manakala untuk bilik tidur anak lelaki
boleh guna warna yang agak samar.
2. Kertas dinding
Elakkan dari memilih kertas dinding yang sarat. Mungkin lebih baik jika kertas
dinding hanya digunakan sbg ruang tumpu iaitu dibahagian kepala katil sahaja.
3. Gunakan cermin
Bolehlah letak cermin yg agak besar dimana-mana bahagian yang sesuai.
Anda juga boleh menggantikan pintu almari kayu kepada cermin.
4. Perabot
Pemilihan perabot yang dwi fungsi dilihat lbh sesuai untuk mengelakkan
kita dari meletakkan terlalu byk perabot dlm bilik tidur yg
kecil.Letakkan perabot yg penting shj spt katil yang ada laci dibwhnya,
almari yg juga boleh berfungsi sbg meja solek dsb.
5. Langsir
Sebaiknya gunakan sheer curtain atau bidai shj. Tetapi blh juga psg langsir yg simple tanpa guna renda yg sarat dsb.
6. Foto/bingkai gambar
Anda digalakkan meletakkan foto atau bingkai gambar yg bersaiz besar
untuk menampakkan ruang itu lbh luas. Ia sesuai diletakkan diruang tumpu
pd bilik tersebut.
7. Cadar
Pemilihan warna dan corak
cadar juga penting. Sekiranya dinding kosong atau tdk sarat, anda blh
guna cadar yg berbunga atau banyak warna mengikut kesesuaian dan
citarasa anda.
Ok..selamat mencuba:-)..
http://rumahku88syurgaku.blogspot.com
No comments:
Post a Comment