Panduan dan tips memilih perabot, ini membantu anda semua memilih perabot yang sesuai untuk rumah anda, pejabat atau ruang ruang kedai anda. Antara faktor yang perlu ambil kira ialah, konsep, saiz, bajet,
warna, mutu dan kualiti. Berikut ialah panduan dan tips memilih perabot:
✔ Tentukan konsep ruang dalaman anda atau apakah gaya dalaman anda,
pilih konsep dahulu sebelum membeli perabot, tak kira samada anda nak
beli jenis apa, mahal atau murah, paling penting ialah konsep. Konsep
yang sesuai akan membantu minda anda memilih gaya perabot yang sesuai.
Contoh gaya moden futuristik, konsep tradisional, konsep moden, konsep
alam semulajadi atau konsep ringkas dan selesa.
✔ Kedua ialah padankan dan lihat saiz ruang, kalau ruang sempit,
jangan beli perabot yang saiz besar, jika ruang kecil , kemudian beli
saiz besar akan menyempit ruang sebenar.
✔ Warna apa nak beli, lihat pada konsep anda dan warna ruang sediada.
Anda boleh memilih samada mewarna semula dinding atau membeli perabot
berdasarkan warna sediada. Pemilihan warna harus kena, jika ruang cerah,
anda bebas memilih warna perabot, tapi jika ruang sudah gelap, maka
sebaiknya pilih perabot warna cerah.
✔ Bajet anda berapa. Jangan beli ikut jiran, beli ikut bajet dan
konsep anda sendiri. Ini lebih bersifat individu dan ada yakin pada diri
anda. Biarlah jiran beli perabot RM10,000, tapi anda beli ikut bajet
dan gaya anda, ini akan menambah kepuasan anda sekeluarga.
✔ Kaji dan dapatkan perbagai harga dan cari harga yang sesuai
✔ Mutu kayu dan cara binaan perabot kena di lihat, kalau kayu, kena lihat samada makan abok atau anai-anai.
✔ Kos penghantaran berapa, kekadang kedai perabot ambil ektra kos
bagi pengangkutan, jadi kena ambil kira semasa membuat keputusan membeli
perabot
No comments:
Post a Comment